Monday, November 7, 2011

Bila zarah-zarah ada, kita suka


Bila ia datang, kita suka bagai tak ingat akar di tanah
Bila ia pergi, kita gila bagai tak ingat Allah yang kita sembah
Kita mudah alpa terlupa dengan setiap zarah-zarah kecil yang ada di depan mata
Mungkin kerana hari-hari pejam celik pejam celik ia sentiasa menunggu kita di depan sana.

Hipokrit bukan?
Sesuatu yang kita sentiasa nampak hari-hari kita buat "dek je"
 Sebab kita berfikir, benda itu kita akan jumpa juga pada esok hari.
Tapi pernah tak kita semua berfikir, mungkinkah zarah-zarah kecil itu akan tiada pada esok hari?
Kita hanya melihat zarah-zarah kecil itu hari ini, semalam, esok hari?
Bersediakah anda semua untuk menghadapi situasi esok hari?
Masih wujudkah zarah-zarah kecil pada esok hari?
Masih wujudkah kita semua pada esok hari?


Saya, awak, dan awak semua
Kita jangan terlalu gah dengan apa yang kita ada
Tidak 1 minit lebih, tidak 1 minit kurang, Dia boleh ambil semuanya.

Bersyukurlah dengan zarah-zarah kecil yang kita ada sekarang.

intanazreniosman : Instrumental Yiruma menenangkan perasaan aku.

2 comments:

  1. This is remainder for me, thankz ustazah ain

    ReplyDelete
  2. I'm not ustazah la derr. hehe Eh, apiz, aku tak tahu pulak kau ada blog, haha nice. ;)

    ReplyDelete