Friday, January 31, 2014

Lemas dalam cemas


Kesunyian bikin aku cemas
Usah perilaku sebegitu
Aku boikot kesunyian
Kerna ia buat aku lemas.

-- aku bukan tiang

Monday, September 9, 2013

Makin lama makin


" Bunga itu, makin lama makin layu
Warna itu, makin lama makin kelabu "

Usah kunyah telan perasaan aku yang berkobar-kobar melebarkan sayap
Dengan kata-kata sindiran manis yang bernada senyap

" Ahh. Aku tak peduli. "

-- kupas dan buang, jangan simpan. Sakit.

Tuesday, August 27, 2013

Lesung pipit & Glasses II



" Sungguh
aku, jiwa, anggota, naluri, perasaan
mahu kita berjaya.

Jika diizinkanNya "

-- Terus ke syurga

Lesung pipit & Glasses I


Aku hilang
Hati aku kosong
Perasaan aku dikhianati
Jiwa aku dilacuri

Tetapi, aku kembali
Aku tewasakhirnya

Engkau
Si lesung pipit & Glassesnya
Dia senangi
Dia penuhi
Dia disayangi
Dia kekasih

-- jangan lupa nama aku

Tuesday, July 16, 2013

Nada bisu


#monolog

" Jika diizinkan Tuhan, 
Cerita kita ada sambungan, 
Watak dan babak akan ditambah kemudian "

-- cerita kita, kita reka

Tuesday, July 9, 2013

Gali


" Di sana, buka mata hati, cari isi hati, gali
tanya diri, apa engkau mahu dari hati ke hati "

-- cinta hakiki

Sunday, July 7, 2013

Air mata


" Kadang menyakitkan
kadang melegakan. "

-- air mata PERASAAN

Binatang dan manusia


" Usah panggil aku binatang,
jika engkau sendiri binatang. "

-- engkau aku kita sama, MANUSIA.

Tuesday, May 28, 2013

Melodramatik


Kehidupan
Kau mahukan kehidupan perpanjangan dengan senyuman 
Tapi kau tak sedar peritnya kehidupan dengan kedukaan

Senyuman dalam kedukaan
Senyuman dalam kegembiraan

Kau pilih. Kehidupan kau, bukan aku.


intanazreniosman : Kita berbeza yang boleh dikisar menjadi satu, atau tetap menjadi 1 bahan berlainan?

Cinta macam jelly


Jelly
Elok bentuk jelly, elok cinta 
Hancur bentuk jelly, hancur cinta

Elok atau hancur, akhirnya kita tetap makan jelly, telan sakit cinta. 
Tapi manis jelly, tetap sedap di akhir cerita.


intanazreniosman : Duka di akhir cerita suka

Friday, April 5, 2013

Jangan kenal erti penat



- miss moss -


Naik bukit, kita penat, kita berhenti, kita rehat. Tapi, aku tidak boleh penat dengan kehidupan ini. Kalau aku putus asa, aku bukan di kalangan manusia yang berani dalam menangani. Bahkan, semua orang harus begitu. Setiap kita mempunyai peranan dalam kehidupan. Kita dijadikan Tuhan. Kita ini satu roh dan satu jasad.

intanazreniosman : Keajaiban itu berlaku

Wednesday, February 27, 2013

Katanya



" Sejuk di mata, damai di hati 
Kurang di mata, sejuk di hati 
Indah di mata, sakit di hati
Sakit di mata, sakit di hati "

intanazreniosman :  Perasaan akan berubah-ubah, hari ni lain, esok lain. 

Monday, February 25, 2013

Bahagia celaka


Ada ketika moment bahagia
Ada ketika moment celaka

Ada satu tahap kau akan rasa seperti mahu gantung diri, ibarat tiada lagi kekuatan untuk kau teruskan jalan yang penuh celaka bangsat.

Dan

Ada satu tahap dimana kau rasa dunia ni kau yang punya, semua kebahagian kau pegang tiada satu yang tinggal.

Semua akan rasa dua moment ini.


Semua. Tiada satu yang tinggal, termasuk lah dua orang atas ni. 

intanazreniosman : Kena telan.

Sunday, February 24, 2013

Sejam


Sejam
60 minit
3600 saat

Dalam masa sejam banyak perkara boleh terjadi
Lumrah kehidupan yang kita perlu jalani

Sejam suka
Sejam syurga
Sejam duka
Sejam neraka

Bagi sesetengah orang, sejam itu akan digunakan sebaik-baiknya
Sejam menjadi pentas untuk diperlakonkan

Bagi sesetengah orang, sejam tiada makna
Sejam akan dilalui sejam yang seterusnya



Jika kita sia-siakan sejam yang pertama, cuba gunakan sejam yang seterusnya untuk benda yang berguna. Mana tahu sejam yang seterusnya kita hidup di dunia dan sejam yang kemudian kita meninggal dunia. 

intanazreniosman : Keajaiban berlaku setiap masa.



Monday, February 18, 2013

Dejavu


Bola itu bulat bukan bujur bukan segi tiga tepat
Jangan beri pada orang apa yang kau tidak mahu dapat
Jika tidak, padah kau akan dapat.


intanazreniosman : sejauh mana kita pergi, kita akan jumpa orang kita kenali.

Saturday, February 16, 2013

Main kasar


Main kasar sekarang ya, main gila pecah kepala
Kasar lembut hanya pada dasar kertas
Dasar gambaran

Apa maksud kau?


Permukaan itu sendiri sudah kasar.

intanazreniosman : undone

Wednesday, February 13, 2013

To build a home


" By the cracks of his skin I climbed to the top
I climbed the tree to see the world
When the gusts came around to blow me down
Held on as tightly as you held onto me.

And, I built a home
For you
For me

Until you disappeared
From me
From you

And now, it's time to leave and turn to dust "


intanazreniosman :  This is a place where i don't feel alone.

Wednesday, February 6, 2013

Throwback





Kadang-kadang, kita perlu balik kenangan zaman silam, untuk selami perasaan ketika itu, supaya tidak dikhianiati zaman sekarang. 

Monday, February 4, 2013

Menembaklah secara rambang


Menembaklah secara rambang.
Sugul.

Saluran komunikasi mana, yang selalu kita sampaikan, terus ke hati penerima
Tak semua saluran memberi keseluruhan jaminan bahawa penerima akan bahagia
Tak semua.

Sempit
Lelah
Lurus
Kecil
Sakit
Jahanam
Bodoh.


intanazreniosman : Aku pencinta penuh.


Friday, January 11, 2013

Kau hantu bagiku sekarang ini





Bulan memegang cahaya
Dan bulan ini dunia berputar
Menumpahkan cahaya atas jalan raya
Burung tidak akan terbang
Dan burung tanpa sayapnya adalah satu perkara yang rendah dan tragis

Kau hantu
Kami hantu
Kami hantu kalangan ini bukit
Dari pokok-pokok daripada baldu hijau
Ke tanah di bawah tapak kaki kami

Kami hantu
Kami hantu kalangan ini bukit
Menekan keluar sepanjang pantai
Menekan keluar sepanjang pantai

Lagu gunung rindu
Perkara yang tidak pemikiran pertiga
Perkara-perkara yang hanya untuk didengar
Dan walaupun saya pergi
Saya akan datang lagi di kemudian hari
Barangkali

Kami hantu
Kami hantu kalangan ini bukit
Dari pokok-pokok daripada baldu hijau
Ke tanah di bawah tapak kaki kami

Kau hantu
Kami hantu
Kami hantu kalangan ini bukit
Menekan keluar sepanjang pantai
Menekan keluar sepanjang pantai

Kau hantu bagiku sekarang ini.

intanazreni : Ghost