Alhamdulillah, semuanya selesai. Jumaat lepas, 3.6.2011, my sister nikah. Tepat 1800 dia menjadi milik orang. Diorang ni bercinta dari universiti dulu. Uitm Shah Alam, 2005 rasanya, entah. Tapi diorang jumpa masa sama sekolah rendah dan sekolah menengah. Di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Gombak dan Sekolah Menengah Hillcrest. Masa tingkatan 4, abg Nusser (abang ipar) pindah sekolah, dia sekolah teknik dekat melaka tak silap. Then jumpa balik dengan akak waktu di Uitm Shah Alam. Since dari situ lah diorang bercinta. Lama kan? Dah jodoh, tak kan kemana. Aku ingat kata-kata dari dia. "Kalau dah jodoh, kita akan bersama jugak" InsyaAllah. Okay then, diorang decide nak bertunang, 25.12.2010. Bertunang 6 bulan. Pejam celik dah 6 bulan. Kejap je. Sudi-sudi lah tengok gambar-gambar yang tak seberapa ni.
Malam 2.6.2011, persiapan untuk esok harinya.
Kakak tengah get ready nak berinai.
* Letak cellotape untuk bagi inai tu sama nanti. Aku act nak inai jugak, tapi tak sempat. -.-
Budak ni pon nak inai jugaakk. So cuteeee. Dia lah Mya'Hanna Xarith Marissa.
Anak kepada my brother. Eeee, geram tengok budak ni!
Ni baju nikah my sister. Simple and nice. Like it.
Bilik pengantin, master bedroom. Dulu, bilik my parents, then jadi bilik my brother pulak masa wedding dia.
Now, jadi bilik my sister pulak.
Gambar tunang. Love this album. Style gila!
Budak ni lagi! Dia tengah buat muka comel dia.
Rombongan pihak lelaki dah datang.
Okay, baju putih tu lah, abang iparku. Nusser Said.
Hantaran lelaki kepada perempuan - Merah Hitam
Hantaran perempuan kepada lelaki - Biru Ungu
Pihak lelaki dah bersedia.
Kakak dan aku (baju hitam).
Dup dap dup dap.
Baju biru ni Ustaz Man, dulu mengajar di Sekolah Hillcrest katanya.
*Aku terima nikah Intan Azrena binti Osman dengan mas kahwin RM300 ringgit tunai. (Sekali lafaz)
Sah.Alhamdulillah.
Merahnya hidung aku. -.-
Mrs Nusser.
Batal air sembahyang.
Mas kahwin dan Wang hantaran.
Gelang.
Cincin.
Ciuman suami kepada isteri.
Sentimental aku masa ni. Tak boleh tengok. Naik atas terus.
Tangisan seorang anak.
Comel! Ni anak buah abang nusser, anak kepada kakak dia. Faris.
Candid. Kakak memujuk adiknya. -.-
My brother and his wife.
Raja sehari.
Yeay, aku tinggi lagi. HAHA
Dia seorang isteri sekarang.
Keluarga belah lelaki.
Keluarga belah perempuan,.
* Maaf, gambar tak elok, di capture oleehhh ... -.-
Aksi bersahaja pengantin
Aku nak jugak duduk dekat situuu.
Sehati sejiwa betul diorang ni. Jerawat pon tumbuh tempat yang sama. Haish.
Persiapan di Dewan Beringin. Malam 3.6.2011. Pengantin turun padang.
Suka decoration untuk wedding ni. I'm jealous!
Flower decoration.
Sedara yang datang bantu.
Muka diorang sama kan? Lagi-lagi tang bibir.
Biarlah 2 beranak ni.
Okay, 4.6.2011 majlis sanding. Di Dewan Beringin. Acara start pukul 1200 until 1700. Nak kata ramai datang, tak lah ramai. Nak kata tak ramai, ramai jugak lah. Average je. Sebab banyak sangat wedding that day.
From left, Kak Zura, Me, Cik Mimi, Amalina.
Tahi lalat dekat dahi! HAHA
* Mesti korang tak perasaan kan, aku pakai glasses lama. Sebab glasses baru hitam tu hilang. Tengah sibuk-sibuk nak bersiap, letak glasses atas katil. Nak pakai, tengok tak ada dah. Cari dah, tapi tak jumpa. Frust! Last-last pakai glasses lama. -.- Okay, aku stop bebel.
Sedara abah.
Yess! Kawan baik aku datang jugak. Fatin, Eira, Zetty and her boyfriend, Syafiq. Thanks alot korang, sudi datang and jadi bunga telur girls.
Thanks to Jie Yong and Afiq! Datang jugak korang kan, even korang jauh. Sayang korang ketat-ketat. <3
* Gambar dari Jie
Iya and Nadhirah. Tugas : Dayang-dayang atas pelamin.
Pengantin perempuan dan pengapit. Kak Fiza.
Pengantin lelaki dan pengapit, Abang Nizam.
Raja sehari. Tema silver, purple, pink.
Silat pon ada.
Comel je tengok Alyssa dan Anis, iring pengantin ke pelamin.
Pengantinnn.
Pelamin simple but nice.
So, dah selesai. Sanding belah lelaki pulak dekat Simpang Rengam, Johor. Sabtu ni. Aku gerak johor Jumaat malam. Alang-alang dekat johor tu, boleh bercuti sekali. Yeay!
Itu je, terima kasih sudi baca. Thanks and Love. :)
intanazreniosman : Semua orang tanya, "Kakak dah, Ain bila lagi?" -.-
like like like :D
ReplyDeleteThank you iraaaaa. ;DD
ReplyDelete