Thursday, May 12, 2011

lapanlimaduakosongsatusatu


Malas nak cerita panjang, sebab memang panjang ceritanya. Tengok la sendiri ya. Tapi nak cerita jugak lah. Sengal. Mula mula macam ni, 7.5, aku kena pergi ceramah amik lesen kereta. Tengah syiok syiok dengar penceramah yang kelakar tu berleter, dapat incoming msg from DCC staff. (DCC tu stand for Design Cost Consultant, tempat aku practical selama enam bulan, bapak lama) Msg bertulis, 

" Boleh tak intan datang office lepas ceramah. Asap."

Nak tak nak, aku ikut je lah, lagipun aku tak buat apa pon kan, Boleh la aku tolong diorang. Boleh dapat elaun lebih, dapat beli gitar, (sila baca entri sebelum ni) Sejerus sahaja selesai ceramah, aku terus gerak pergi ke office. Setibanya aku di DCC, diorang sambut aku macam nak rak, macam tak pernah jumpa aku setahun. Sampai je office, terus buat kerja. Tak makan tak hape, pelik tak aku? Tak apa, aku boleh tahan sehari dua tak makan, dah biasa. Aku terus buat kerja, online kadang-kadang. Kemalasan dah rasuk diri. Esoknya hari kelahiran aku yang duapuluhsatu. Memang terbaik la kan. Terpaksa lah tidur office di hari istimewa aku, istimewa ke? Mungkin tidak pada tahun ni. Tapi aku bersyukur, aku bertemu juga tarikh 8.5.2011. Aku masih sihat walafiat. Aku masih bernafas di pentas milik Allah. Alhamdulillah. Aku bersyukur. Petang lapanlimaduakosongsatusatu tu, staff sambut birthday aku. Terima kasih DCC. Pengalaman aku tak kan lupa. Bekerja kuat sangat untuk hari itu. (Maaf, gambar kurang berkualiti)

 kek disponsor oleh ABANG ZAMRI

 hero-hero DCC. Hasbullah, Kamal, Abang Zamri, Taha

 K.nanie, Nazrie. K.nanie dah kepenatan tu, tidur office dah seminggu dah. Sian.

 k.afra, k.ina

 okay, aku dah malu. Serious.

 K.afra, K.ina, Syafiq. Saat ini aku hanya mampu SENYUM.

Aku tak tahu nak buat apa, cuma peace

  Potong kek pon malu malu kambing. 

Gambar kurang jelas, di capture oleh TAHA. adoii.

Kek keladi coklat, not bad, sedap jugak lah. TERIMA KASIH DCC. 

Finally, aku dah 21. Banyak betul perubahan diri. Banyak sangat. Alhamdulillah hidup mematangkan aku. Tapi kadang kala aku pon bersikap kebudak budakan. Aku akui. Cuma apa yang aku harapkan kehidupan aku selepas ni lebih baik. Aku akan teruskan hidup. Doakan perjalanan hidupku. 

intanazreniosman : Masa tak boleh berpatah balik. Aku akui.


2 comments:

  1. bestnya ada suprise party, happy birthday awak!

    ReplyDelete
  2. hehe biasa2 je awak. :D
    thanks btw. ;) Sayang awakk!

    ReplyDelete