Monday, December 17, 2012

Weixiao



Anggap lah ia sebagai titik noktah
:)

Weixiao

intanazreniosman : Smile is a short distance between two people. 

Sunday, August 26, 2012

Hujan tiap hari


 " Sekarang lain, dulu lain. "


Aku cuma tidak mahu
Perkara dulu berlaku di depan mataku
Sudah, penat emosiku

Dulu, Sekarang
Akan hujan setiap hari. 

Aku tidak mahukan gembira dan sedih dilakukan orang yang sama. 
Aku berharap aku masih punyai cinta dia. 

intanazreniosman : Masih lagi berdoa hingga saat ini, agar dia pandang satu, tidak paling. 

Friday, August 10, 2012

Rakan kongsi sehidup semati


Senang untuk beraksi daripada berkata mulut
Senang untuk mendengar daripada berkata mulut

Berbicara melalui mulut lebih sukar berbicara melalui perbuatan, walau dengan percakapan boleh berterus terang. Salah cakap akibatnya perang. Perang mulut boleh sembuh, perang perbuatan boleh lumpuh. Hanya dengan perasaan yang kurang matang, hasil satu bumi perhubungan semakin berdiam diri keseorangan. Apabila ego menguasi diri, tindak tanduk rakan kongsi sehidup semati terdiam keseorangan.


Lebih baik diam keseorangan. Itu lebih bagus. 

Tidak mengapa, kekuatan akan menguasai diri. 

Senyum, janganlah monyok-monyok.

:)

intanazreniosman : Esok lusa okay la tu, nak raya dah, jangan simpan-simpan. 

Sunday, July 8, 2012

Berdoa lagi


Pelbagai peringkat, banyak tangga
Kita panjat, termengah, mulut ternganga

Sampai atas, banyak perasaan selimutkan diri
Kiri kanan, dia disisi

Ada orang tepuk bahu
Harapan dia dibelakangku
Dia yang aku mahu.


intanazreniosman : Aku masih berdoa, untuk dia jadi milik aku. 

Wednesday, June 13, 2012

Kertas itu


Ruang dibaluti kertas cemburu, sampai bila? Kuasa sakti cemburu sangat kuat, tiada pedang boleh lawan. Koyak sahaja kertas, sangat senang, tapi, ada lagi kertas lain.



intanazreniosman : Kertas itu ada pada aku.

Monday, April 16, 2012

Berapa harga perasaan awak?


Harga itu tiada percuma, mansuh saja harga itu jika tiada nilai estetikanya. Nak buat apa? Takut jadi papa kedana, malu besar katanya. Bukan soal harga, tapi disebalik harga itu sendiri ada "harga".


Harga disini adalah bukan harga.
Nilai itu sendiri perlu kita rasa.

intanazreniosman : Senang untuk berkata-kata, tapi menyelami jiwa raga payahnya.

Saturday, April 7, 2012

Pujian itu bisu



Menggambarkan sesuatu perasaan ibarat berada di puncak sebuah bukit, harganya tidak ternilai.

intanazreniosman : Bintang itu bercahaya indah kerana gelap yang menyelubungi. Bulan mekar menyeberangi cahayanya lewat malam muda.

Thursday, April 5, 2012

Neuron tidak berfungsi dengan baik sekarang


Dalam kehidupan kita, jarang nak dapat apa yang kita mahukan, tetapi acap kali menerima apa yang ditepis. Yang kita tidak mahu sering bertubi-tubi hadir tanpa kita sendiri minta. Mungkin Dia lebih tahu apa sebenarnya yang kita mahukan. Berfikirlah seperti manusia yang akan bertindak dan bertindaklah seperti manusia yang berfikir.

Tapi kenapa aku tetap mahukan yang itu?
Sebab itu je yang aku mahu !
Tidak ada siapa yang tahu apa dalam hati aku !
Hati aku, aku lebih tahu !

Degil kan aku? 
*Lalalala
*Senyum
*Peace


intanazreniosman : Jangan lama-lama. Kosong sekarang.

Monday, April 2, 2012

It doesn't work to me


It doesn't work to me.
 
Lepas, jika rasa diri sakit


intanazreniosman : I have made my decision. Final. No discussion.

Tuesday, March 27, 2012

List



intanazreniosman : :)

Saturday, March 24, 2012

Manusia itu sendiri yang pilih


Berlari mengejar sebuah kebahagiaan
Kebahagiaan itu sendiri ada di mana sebenarnya? Di depan mungkin?

Sepanjang perjalanan
Ada air, ada udara, ada api, ada angin
Ada kaca, ada sampah, ada bunga, ada kesetiaan, ada kepercayaan.

Manusia itu sendiri memlilih untuk tinggal, manusia itu sendiri memilih untuk percaya, manusia itu sendiri memilih untuk setia, manusia itu sendiri memilih untuk sayang, manusia itu sendiri memilih untuk cinta, manusia itu sendiri memilih untuk rindu. 

Hak dia, diri sendiri yang memilih


 Saya masih mempunyai perasaan itu
Jangan cabul
Jangan rogol
Jangan khianati
Jangan tikam
Jangan ludah

Perasaan saya. 

intanazreniosman : Ini perasaan yang bintang pilih. Saya percaya perasaan bulan.

Saturday, March 10, 2012

Suis kehidupan


Suis badan perlu dipetik
Lampu yang ada di dalam diri perlu dihidupkan
Samar-samar yang menyelimuti perlu dibenderangkan.

Sejak umur kita 1 hari suis ada di dalam diri
Tak semua boleh menghidupkan suis melainkan diri sendiri
Bila masa nak hidupkan, tanya diri tanya hati.

intanazreniosman : Takkan biarkan perasaan ini mati.

Suis hati saya pada?


Suka duka
Gembira bermasam muka
Masam manis cuka gula

Jangan biar aku ratah perasaan itu
Jangan biar aku rogol kelazatan semua perisa

Kondisi fizik manusia asasnya perasaan
Mood dia okay, okay la orang tu
Bulan tengah merah, mood pon merah lah tu.


Ceria dan bahagia banyak berkait rapat dengan soal hati.
Di situlah suisnya.

intanazreniosman : Saya dah jumpa, tapi mungkin lambat untuk tekan.

Monday, February 27, 2012

Teh ais dan Horlicks ais



Pergi mamak
Bawa diri, bawa jiwa
Tarik kerusi merah menyala
Duduk, letak phone, beg atas meja
Horlicks ais satu, ane
Melihat geligat orang
Senyum sendiri, bosan, main game phone lagi
 
Kau muncul dari entah mana
Duduk, letak phone, letak kunci kereta
Teh ais satu, ane 
Aku kaku, dalam hati senyum tak terkata
 
Borak. Aku masih ingat senyuman itu. 
 Senyum manis.


intanazreniosman : Pergi maple hanya rekaan, tapi ini cerita kita, penuh makna bagi saya. Awak faham bukan? Senyum lagi.

Monday, February 20, 2012

People change, Memory don't.



Life is not complicated.

intanazreniosman : Buat habis baik. Saya sentiasa ada.

Sunday, February 19, 2012

Acap kali dugaan datang, Dia sayang kita.



 Janji, bukan janji dengan kata-kata. Tapi janji dengan perlakuan. 




Apa-apa pon teruskan perjalanan, ikut anak panah
 Sepanjang perjalanan, tidak salah untuk bertanya
Sebab tetap akan ada orang yang sudi menjawab setiap persoalan
Setia di tepi perjalanan menunggu persoalan arah tujuan.

intanazreniosman :  Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.

Saturday, February 18, 2012

Maksud sempurna itu sendiri apa?


Sempurnakah lukisan tanpa warna?
Sempurnakah bangunan tanpa asas?
Sempurnakah keluarga tanpa anak?
Sempurnakah makan tanpa minum?
Sempurnakah air nescafe tanpa serbuk nescafe?
Sempurnakah telefon bimbit tanpa call atau message?
dan
Sempurnakah kehidupan tanpa agama?


intanazreniosman : Tanpa Dia, kita tidak akan dapat berlakon di pentas dunia.

Thursday, February 16, 2012

Berada di tangga istimewa


Takut untuk kehilangan sesuatu yang begitu berharga di dunia
Secara tidak langsung meletakkan ia di tangga di pertama
Tak pernah jatuh di tempat kedua apatah lagi ketiga.
Benar, tidak akan jatuh.
Setiap tangga akan ada pemiliknya sendiri.


 intanazreniosman : Once aku dah risau, aku risau gila mati punya !



Thursday, February 9, 2012

Lek lu



Lek lu
Chill lu
"CKL" lu

Ketawa sinis.

intanazreniosman : Tapi aku tak "CKL" la kan. Senyum kambing

Sunday, February 5, 2012

Saya nak beri awak ais krim ni.



Awak,
Jangan lari
Jangan cuba lari
Jangan cakap
Jangan cuba sepatah cakap

Saya,
Mahu beri ni
Ais krim ni
Sedap ni

Itu sahaja
Awak boleh kembali cakap dan lari
Jika mahu tinggal, saya berada di sini
Setia menanti.

intanazreniosman : Akan usaha lagi. Fighting. Senyum ada makna.