Thursday, September 15, 2011

Perasaan itu senang sign up, tapi susah sign out.


Manusia yang tiada ikatan dengan kita. Dek lelaki perempuan. Setitik hubungan darah, sesiat hubungan kulit. Hamba Allah yang kita lihat sahaja dia di mana-mana dengan hanya melemparkan senyuman, tanpa mengenali, kita tafsirkan dia sebagai manusia yang kita tidak kenali, atau lebih mudah, orang lain.

Hanya memerlukan 5 minit untuk mengenali seseorang itu
Dengan hanya bertanyakan

"Nama awak siapa?"
"Asal dari mana?"
"Sekarang ni buat apa, belajar atau bekerja?"
"Belajar dekat mana?"
"Kerja dekat mana?"

Soalan yang agak cliche untuk siapa-siapa yang mahu kenal orang lain. Cuma hanya Dia sahaja yang mengetahui niat asal pertanyaan tersebut.


Kenapa kita boleh mengenali sesorang itu dengan hanya 5 minit? Tetapi tidak boleh melupakan sesorang itu dengan hanya 5 minit perkenalan? 

Kau gembira sekarang, aku duka sekarang
Aku gembira nanti, kau duka nanti
Persis aku sekarang kau akan dapat, persis kau sekarang aku akan dapat.

intanazreniosman : Jangan paksa aku buat keputusan sekarang. Aku masih perlu makan ubat.






No comments:

Post a Comment