Wednesday, August 24, 2011

Bermain dengan akal fikiran sendiri



Kalau kehidupan adalah sekeping kertas lukisan, dan sayalah pelukisnya. Maka saya ialah pelukis yang paling teruk hasil lukisannya.

Kalau mahu dijual, tiada siapa ingin membeli, tiada nilai estetik pada hari ini.

Saya bukan pelukis profesional yang pantas dan tuntas, di mana dapat menyiapkan lukisan abstrak 2 hingga 5 minit.

Tetapi


Tidak perlu merendah diri, sehandal pelukis profesional sekalipun memerlukan masa lama untuk bergelar profesional bukan.

Seorang pelukis memerlukan teknik lukisan untuk menceritakan suatu gambaran imaginasi angan-angan. Mereka belajar, belajar dan belajar bagi mahirkan teknik lukisan. Hasilnya memuaskan.

Cuba anda ubah perkataan teknik dengan tingkah laku. Dan pelukis itu adalah anda sendiri.

Jawapan tidak begitu direct, anda cuma perlu fikir, bermainlah dengan akal fikiran sendiri, sebab di situ lah jawapan yang anda cari.

Ambil kembali lukisan yang mula-mula anda lukis, bandingkan lukisan sekarang dan dulu.

intanazreniosman : Kalau mahu berubah, berubah demi Dia. Untuk diri.

No comments:

Post a Comment