Saturday, August 6, 2011

Alhamdulillah, kami boleh buat

1745, 5 August 2011.

Akak : Akak nak buat kek lapis kukus la. Macam kek lapis Serawak tu.

Ain : Jom malam ni buat! *Aku kalau bab-bab pastri laju je. Senyum kambing. Mata tengok tv.

Akak : Cun, lepas buka, solat, siap-siap, kita keluar beli bahan.

Ain : Cantik. *Mata aku berkunci di tv rumah rancangan Running Man channel 393.


2116, 5 August 2011.

Hundred percent handmade okay, kami ni chef pastri yang tak masuk sekolah masak, so, pemutar kek yang electric tu kami tak ada, oleh yang demikian, guna lah tangan. Bayangkan nak pukul butter dengan gula sampai kembang, jadi warna putih, macam dalam tv tu. Tu pon dorang guna machine kan. 2 jam jugak aku pukul dalam duk sakit-sakit ni. -.-' Nasib jadi. Yang warna kuning, tu telur, ada bicarbonate soda, tepung biskut marie, horlicks, and apa benda entah, tak ingat. 

Disebabkan kami ni chef kurang menjadi, tunjuk ajar diperlukan. Dengan laptop-laptop sekali masuk dapur, ajar kitaorang. Bagus. 

Bahan A - aku buat
Bahan B - akak buat
Dah siap, combine dua-dua bahan ni.

Then kami asingkan 4 bahagian. Masing-masing ada perisanya. Ni caremel dan lavender. And yang bulat-bulat macam hotdog tu, asam hawflakes. Sebab Angah (suami my sister) dia suka kek lapis masam manis, so my sister buat untuk husband dia. Lagipon husband dia baru balik job dari vietnam for 2 weeks, special made for him. *Hari isnin nanti Angah kena pergi job dekat vietnam lagi. 

This one, my sis punya citarasa. Papermint and cocoa. 

Kek sedang dikukus. Atas tu layer untuk lavender dan papermint. Lepas letak levender tu, letak hawflakes, that why la dia kek lapis masam manis. Yang papermint and cocoa tu tak letak hawflakes. Akak tak suka. Me too!

Done!
Kek lapis kukus masam manis
Kek lapis kukus pepermint dan cocoa. 

0210, 6 August 2011.

Dari pukul 9 lebih sampai pukul 2 pagi baru siap kek lapis kukus ni. Nak tunggu masak lagi. Dari mata sepet sampai lah dah bulat ni. Mama dan Abah yang mula-mula tidur awal, dah bangun, tengok kitaorang tak tidur-tidur lagi. Last-last mama decided nak terus sahur je.

0230, 6 August 2011. 

Abah, mama, akak, angah, aku, terus sahur. Kek pon dah masak, tapi tak boleh makan lagi, tunggu sejuk. Aku pon naik bilik, terus ngadap lappy. Terus update. Great. And now, mata bulat! Tak mengantuk langsung!

0410, 6 August 2011.

Masak! Alhamdulillah.

Tapi ada yang kurang menjadi sikit, yang pepermint cocoa tu, nampak kan tompok putih tu, tu sebab masa yang layer putih tak masak lagi, aku dah letak layer baru, so, dia dah tercampur lah. Tak apa, kita belajar kan. And untuk kek lapis masam manis ni, warna dia kurang menarik kan, tak menonjol sangat. Plus aku tak rasa pulak masam nya, manis ada lah. HAHA. And yang paling ketara, every layer, kitaorang buat tak sama tebal. -.-'

Alhamdulillah, apa-apa pon kami dah buat. Sedap jugak lah. Senyum, gembira.

intanazreniosman : Banyak benda aku fikir sekarang ni.

1 comment: