Friday, May 27, 2011

3 tahun berakhir. Alhamdulillah.


Pejam celik pejam celik dah 3 tahun habis. Sangat-sangat cepat masa berlalu. Yelah dah kata 24 jam sehari, cepat lah, tak kan 56 jam sehari kot kan. -.- Erm, sekarang aku dah selesaikan 1 pusingan Diploma in Quantity Surveying. Alhamdulillah. Sepanjang aku belajar dekat sana, tak ada subject yang sangkut, setiap semester smooth je lah. But even tak ada sangkut pon, pointer cukup-cukup lah makan. Tapi nak buat macam manakan aku tahu kelemahan aku, aku dah perbaiki, Alhamdulillah, ada 4 semester yang naik, ada 2 semester yang turun. Pointer atas-atas pagar kata orang. Aku redha, aku terima dan aku bersyukur. Mama dan abah aku pon bangga jugak dengan pencapaian aku ni. Yelah, belajar mana ada yang senang. Belajar main batu seremban pon ada teknik dia kan.

Apa-apa pon, aku dah tamat belajar sebagai Diploma in Quantity Surveying selama 3 tahun, 6 semester, since July 2008 until April 2011. Banyak sangat aku belajar. Tentang building construction. Kalau dulu keluar pergi mana-mana, nampak construction tepi jalan tu, buat tak endah je, buat tak tahu. Sekarang ni, apa-apa construction je, mesti pandang. Tak kesah la dia tengah construct reban ayam ke, apa ke, mesti pandang. Bagus tak aku? Ketawa sendiri. Bukan setakat dalam silibus je aku belajar. Benda luar silibus pon aku belajar jugak. Percaya tak? Belajar tentang kawan, percintaan, kehidupan, haish banyak lah. Benda-benda ni semua sangat-sangat mematangkan diri aku. Diri kamu juga kan?

Sekarang aku hanya menunggu keputusan kemasukan Degree nanti. Untuk pengetahuan, aku dah apply Degree in Quantity Surveying. Yess, still Quantity Surveying. Sebab? Sebab aku dah belajar diploma 3 tahun, tak akan aku nak sia-sia kan perngorbanan, usaha aku selama 3 tahun tu kan. So, aku still pilih Quantity Surveying. Lagipon 2 tahun je. Tak lama. InsyaAllah aku boleh hadapi segala cabaran dugaan masa Degree nanti. InsyaAllah. Doakan aku.

Untuk Degree in QS ni, ada 2 tempat, 1 di Sri Iskandar Perak and 1 di Shah Alam. So, aku tak tahu dapat mana. Dua-dua tempat ni aku tak kesah if dapat. Dekat Perak pon tak apa, sebab abang aku kerja dekat area-area situ jugak, boleh tengok kan aku. Plus life cost dekat Perak tak lah semahal di Shah Alam. Rumah sewa pon murah. And lecturers di Perak jaga student-student. Amik berat tentang student. If dapat Shah Alam pon okay je. Sebab dekat dengan rumah. And nak jugak merasa macam mana belajar dekat Shah Alam tu kan. Tapi nama pon Shah Alam. Bandar. Sah-sah lah aku ni banyak main nanti, keluar sana keluar sini. Haish, tu yang aku tak nak, aku takut aku hanyut nanti. Nanti belajar entah kemana. Plus orang kata, lecturers di Shah Alam tak berat sangat pasal student. Wallahualam. Dua-dua tempat ni ada pros and cons. Aku mengaku, kalau boleh aku nak dekat Perak. Tapi nak jugak Shah Alam. Adoii. Entah! Tunggu je lah nanti.

intanazreniosman : Berdebar dan gembira. Terima kasih awak. Senyum lebar.

No comments:

Post a Comment